bila rasa duka mencengkam
kau perlukan seseorang untuk membahagiakan
hati yang dah robek dicarik dan ditikam
tapi, orang tu tak ada untuk sementara.
apa yang aku buat?
masuk bilik
kunci pintu
berkurung sepanjang hari
malas makan
malas keluar
malas.
malas nak menghadap manusia-manusia
yang biarkan duka ni tersemat dalam hati
ya, hati.
yang tak pernah nak di reveal isi nya
yang sedang berdarah
mencurah-curah
tanpa ada yang datang
untuk hentikan pendarahan.
sedih.
penat.
Yang Maha Esa je tahu
apa rasa ku
tatkala itu.
berikan aku sedikit waktu
untuk merawat hati
yang berduka pilu.
hati juga mahu sedikit waktu
untuk pulih
dari semua duka.
hati juga mahu berehat
dari kekejaman yang akan kembali
tanpa disedari.
aku mohon.
berikan aku waktu
untuk sang hati
pulih kembali.
No comments:
Post a Comment