Hanya dicari bila sedih
Hanya dicari bila sunyi
Hanya dicari bila perlu.
Masa masa yang diisi bersama
Boneka tersenyum
Kerana bisa menggembirakan tuannya
Kerana bisa menemani tuannya
Kerana rasa dihargai oleh tuannya.
Boneka,
Biarpun dibuang
Biarpun dibaling
Biarpun dicampak
Biarpun dipijak
Tetap punya senyum di wajahnya.
Kerana apa,
Walaupun tidak lagi diperlukan
Tetap ada cebis cebis kenangan
Yang tersimpan bersama
Boneka, Tuannya.
Sayangnya boneka
Setianya boneka
Takkan pernah hilang
Biarpun sudah dibuang jauh dari tuannya.
Senyum itu tetap ada
Sehingga tiba saat nya
Boneka hilang dari dunia.
Ketika itu
Musnahlah sayang
Musnahlah rindu
Musnahlah kenangan.
************************************
No comments:
Post a Comment