Wednesday, 30 July 2014

Cerita rayaku

Cerita rayaku? tak rasa macam raya sangat pun tahun ni.
Pabila yang lain beraya di kampung dan aku cuma beraya di rumah sendiri yang kelilingnya tak ada orang and i was like...... apahal sayu sangat rasa beraya kat Bangi ni ahhh nak balik Sarawak please. Hm. Oh tapi tapi tapi tahun ni beraya ada boyfriend so mood nak raya kemain baik sepanjang minggu sampaikan sesapa yang duk whatsapp aku dapat emoji flying kiss manjang tapi perempuan jelah laki tak ehh.

First day raya.
Macam biasa solat sunat aidilfitri tapi tahun ni ada kelainan sikit di mana kami satu family kecuali abang dan adik nombor 3 solat dekat rumah je sebab masjid tahun ni tak tau apesal awal sangat solat raya. Mungkin pak imam rushing nak balik kampung agaknya.

Then orang tua yang tinggal kat sini cuma nenek saudara je so pergi raya rumah dia dulu. Selalu masa arwah atuk n arwah nenek ada lagi kitorang serbu rumah diorang dulu. But yeah... diorang dah tak ada :'(
Dah sudah melantak dekat rumah nenek saudara pergi serbu rumah pakngah and next diorang pula datang rumah aku.

Lepas zohor gerak pergi ziarah kubur arwah atuk n nenek n makngah n moyang and terus pergi rumah paklang pulak. Lepas beraya nenek saudara ajak pergi Rembau. Masuk kereta dari Bangi-Pedas aku tidur penat sangat katakannn sebab bangun awal di pagi raya mengemas. Dah sampai Rembau terasa macam "eh ini tempat yang aku singgah dulu masa nak pegi ziarah kawan meninggal" jalan lagi terus sebak kejap sebab teringat. Why lah Rembau ? tapi dalam masa yg sama aku benci dengan Rembau ni. Tiba-tiba nak teringat orang yang aku paling paling paling tak suka and i was like "pahal REMBAU doh?". Lagi satu tak minat dengan Rembau ni namo yo Rembau most wanted tapi line haram takdak. Double menyampah hm.

Masa raya pertama ni wajib melantak rendang lemang dan nasi impit kegemaran aku sampaikan masa raya kedua sakit perut sepuluh kali keluar masuk tandas. But tak peduli nampak rendang belasah jugak.

Second day raya.
Tak ke mana kito ke nogori yo. Ziarah kubur atuk belah mak pulak. Tapi yang tak sedap nya dah lah nak ziarah kubur perut meragam pulak ai. Kalau pegi rumah orang buleh lah den nak tumpang tandas. Ini ke kubur. Pasal sakit perut ni.....the rest is history.

Third day raya which is today.
Layan tv tengok cerita raya. Layan sica yg mcm org gila. Pishang raya ketiga ni. Esok lusa taktahu lagi apa cerita.

*********

Macam lama gila tak update blog ni walaupun yg bacanya dua tiga orang je but do i care aku nak update jugak. Ni kes kena tinggal dengan boyfriend sebab boyfriend ada family day maka aku yang kebosanan "create a new post".

*********

Lagi nak cerita pasal kucing sebab tadi ada pos gambar sica then ada one of my friend yang rupanya minat kucing gak. Taktau kenapa tapi macam happy kalau dapat tahu someone tu peminat kucing. Lepastu teringat kat boyfriend yang dulu tak berapa nak minat kucing sekarang dah minat agaknya dengan kucing sejak sejak dia kerja kat burger byte tu dan aku rasa happy sangat. hehe. nak kawin dengan I sila minat kucing eh. hiks 

*********

Dahlah banyak betul cerita dalam satu post. Daripada cerita raya menyimpang benda lain pulak.
Bye
Ohhh wait..
Salam Aidilfitri! :)

No comments:

Post a Comment